"Berlaku baiklah terhadap kaum wanita lantaran mereka diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok adalah bahagian yang teratas, jika kamu cuba untuk meluruskannya kamu akan mematahkannya dan jika kamu membiarkannya ia akan tetap bengkok, maka berlaku baiklah terhadap kaum wanita kamu."
- Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim
- Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim
WANITA: Menurut
kamu, saya ini siapa?
LELAKI: (Berfikir
sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang rusukku.
Kerana Allah
melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil
rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang
hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di
hatinya...
Setelah berkahwin,
pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu,
pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan
hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan.
Kenyataan hidup
yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain.
Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada
suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah. Saat tiba
di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya
lagi!!!".
LELAKI sangat
membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak "Saya
menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"
Tiba-tiba WANITA
terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.
LELAKI menyesali
akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak
mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke
rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah. "Kalau
saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan
mencari pasangan sejati masing-masing".
Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai.
LELAKI agak kecewa
bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.
Dan di tengah
malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di
hatinya. Tetapi
LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.
Suatu hari, mereka
akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan
dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.
LELAKI: Apa khabar?
WANITA:
Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI: Belum.
WANITA: Saya akan
terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan kembali 2 minggu
lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telepon saya kan
? Tidak ada yang berubah.
WANITA tersenyum
manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal.."
Satu minggu
kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC.
Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit
dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang
rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.
Kita menempiaskan
99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah
penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang dikemudiannya, akibatnya setelah
kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat...
Kerana itu,
jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati... Sebelum
mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata yang kau ucapkan akan
menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya
jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang
yang dicintai.
Jadi berfikirlah,
apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima??
Artikel ni sy amik
dari iluvislam.com.Sangat menyentuh perasaan :)
sesungguhnya hati
wanita bagaikan kerak nasi. sekeras mana pun asalannya jika disiram dengan air
tetap akan lembut. Bagi kaum2 lelaki di luar sana,jage lah hati wanitamu sebaik
mungkin. Jgn sesekali sakiti hati kecilnya..
*nukilan Ilahazran
:)

No comments:
Post a Comment