we are dead!!”, jeritan Adila bergema di anak tangga. Lantas dia
berlari-lari anak menuju ke pintu masuk utama tingkat 1 di
universiti tempat mereka menimba ilmu.Syafika yang mengikutnya dari belakang
hanya meneguk air liur. Dia resah gelisah. Mereka berdua bakal dimarahi
pensyarah akibat lewat ke kuliah. Itu sudah semestinya.
“Tunggu la aku, Ila”, balas Syafika dalam jeritan. Dia tiba-tiba terasa mengah akibat berlari seawal 8.00 pagi tanpa disangka-sangka. Adila tidak peduli. “ Pasal kau lah, dah tau tidur mati, solek pulak berjam-jam”, ngomel Adila di dalam hati. Malas mahu memikirkan sikap Syafika yang tidak bertimbang rasa itu. Sudah lama Adila berdiam diri. Sudah masuk tahun ketiga mereka institusi pengajian tersebut. Kerap kali dia lewat ke kelas gara-gara menunggu Syafika yang sukar hendak bangun daripada tidurnya. Akhirnya mereka berdua digelar ‘muka lewat’. Disebabkan sikap Adila yang suka berdiam diri, Syafika sering kali merasa dirinya tidak bersalah.
"Cepatlah! kau nak kena sembur dengan Puan Rosnah ke
hah?" Adila pantas menarik tangan syafika yang kelihatan seperti peserta
marathon yang baru menamatkan lariannya.
Sesampainya di pintu dewan kuliah 5, Adila mengetuk pintu. Dadanya berdegup
kencang. Namun setelah beberapa saat menanti, sunyi sepi. Suara pensyarahnya
lansung tidak kedengaran dari dalam. Adila memandang sekilas ke arah Syafika.
Syafika hanya mengangkat bahu tanda tidak mengerti dengan apa yang
terjadi.
"Hari ni ade puan cakap nak buat kuiz ke?" soal Adila sambil membulatkan matanya. Debar di dadanya masih tidak hilang.
"Entah..puan kan selalu buat kuiz mengejut.." syafika
hanya menjunkitkan bahu.
“Macam mana ni Ika? Aku dah ketuk pintu tapi Puan Rosnah tak beri respons pun”,
“Aku pun tak tahu. Selalunya dia cakap ‘masuk’. Kita masuk ajelah”, balas
Syafika tanpa berfikir panjang. Adila mengangguk pantas. Perlahan-lahan jari
jemari Adila mencapai tombol pintu. Dipulasnya tombol tersebut lantas Syafika
menjengukkan kepalanya ke dalam.
“Hey, hey, siapa yang bagi kebenaran untuk masuk ni hah? Sekarang dah pukul
berapa, cuba kamu tengok jam tu. Keluar”. Tanpa disangka-sangka suara Puan
Rosnah mengejutkan suasana yang sunyi sepi. Tatkala itu, pintu dewan kuliah
sudah terbuka luas. Semua mata hanya tertumpu pada mereka berdua. Syafika
terkesima. Malu! Perasaan malu bercampur-baur. Adila meraup mukanya dengan
telapak tangan.
“Ok puan. Kami minta maaf”, Adila mengangkat kedua belah tangannya tanda akur
dengan arahan pensyarahnya. Mereka berdua mengatur langkah untuk beredar dari
situ.
*********************************************************************************
“Hey Ila, kenapa kau tekad sangat.
Sepatutnya kita minta maaf and mohonla nak masuk kuliah. Sekurang-kurangnya
kelas kita tak miss hari ni..” Syafika berusaha untuk
menghalang Adila daripada meneruskan langkahnya. Namun dia tidak dipedulikan.
“Excuse me Cik Adila, I’m talking to you..” Syafika menguatkan suaranya.
“Whatever! Aku nak balik. Kalau kau nak sangat, pergilah patah balik”, Adila
menahan geram. Langkahnya semakin pantas. Dia mahu cepat pulang. Fikirannya
benar-benar bercelaru.
“Kalau tak sebab kau,
tak jadi macam ni tau. Argh, geramnya! Rasa macam nak sepak je semua
benda kat depan aku ni”, Adila bengang. Tiba-tiba moodnya bagai dilanda ombak
mengganas. Sesekali dia terdengar jeritan Syafika dari belakang. Yang pastinya,
dia malas mahu mengambil tahu lagi. Namun begitu, suara Syafika semakin kuat
kedengaran.
“Adila!!!!! Kereta kat
depan kau!” Syafika menjerit sekuat hati apabila menyedari Adila tidak
berganjak sedikit pun dari tempat dia berdiri. Adila tergamam. Seluruh tubuhnya
terasa kaku serta merta apabila menyedari sebuah kereta betul-betul sedang
menuju ke arahnya dengan laju.
Bangggggg!!!
Awak ok ke?” Tanya seorang pemuda yang
kelihatan terkocoh-kocoh mengutip kesemua buku-buku Adila yang bertaburan di
atas jalan sekaligus menghalau pergi khayalannya yang entah ke mana. Adila
hanya membisu seribu kata. Dia masih terkejut dengan kejadian sebentar tadi.
Pertanyaan pemuda itu dibiarkan sepi tanpa sebarang jawapan.
“Cik…ooo cik adik,awak okay ke? Nampak semacam aje”, Pemuda tersebut
mengibas-ngibas tangannya kea rah Adila apabila menyedari gadis tersebut
memandangnya tanpa berkelip. Adila tersentak. Dia terus bangun untuk turut sama
mengutip barang-barangnya yang bertaburan di atas jalan.
“Okay..Saya okay. Thanks.. kalau awak tak tarik saya tadi, dah mati saya
dilanggar kereta mewah tu. Kurang ajar betul, bawak kereta macam halilintar!”
cepat-cepat Adila mengangguk tanda mengiakan kata-katanya. Dia menjeling
sekilas kearah sebuah Mercedez Benz yang tiba-tiba menyusur ke tepi
jalan lalu berhenti. Rasa meluat melihatnya. Seorang wanita separuh abad
berlari keluar dari tempat duduk pemandu kereta.
“Aduhai…pensyarah sini
la pulak,” Adila berbisik sendiri sambil jari telunjuknya mengetuk-ngetuk
kepala sendiri. Adila tertunduk. Dia malu dengan kejadian yang berlaku tadi.
Sudah semestinya dia akan dituduh cuai, lalai, suka berkhayal serta macam-macam
yang sewaktu dengannya lagi. Mana tidaknya, hendak melintas jalan pun tidak
melihat kiri dan kanan. Jika nasibnya tidak baik, sudah arwah jadinya.
“Apa khabar prof. ?”
sapa pemuda di sebelah Adila apabila melihat Raja Norlida betul-betul sudah
berdiri di hadapan mereka. Adila lantas mendongak memandang pemuda tersebut.
“Tinggi jugak mamat ni.” desis hatinya. Namun pandangannya cepat-cepat beralih
kepada Raja Norlida yang sedang mencekak pinggang di hadapan mereka.
“Khabar baik. Maaf,
saya nak cepat ni. Kamu tak apa-apa kan? Pertanyaan Raja Norlida jelas menunjukkan
dia dalam keadaan tergesa-gesa. Siapa yang tidak kenal dengan Raja Norlida.
Pensyarah yang amat terkenal dengan personalitinya yang amat bergaya dan
sentiasa mengikut trend dan fesyen terkini. Walaupun usia sudah mencecah 50-an
tetapi penampilannya tampak seperti wanita 20-an.
“Saya okay aje prof.
lagipun salah saya melintas tak tengok kiri kanan.” Balas Adila teragak-agak.
‘Ah..sudah..luka kat lutut aku ni, pedih Tuhan aje yang tahu..’desis hatinya.
Terpaksalah dia berlagak seperti semuanya baik-baik sahaja untuk mengelak
hal tersebut menjadi panjang lebar.
“macam ni lah, esok
kamu datang ke pejabat saya.” Raja Norlida berpaling dan terus bergegas ke
keretanya seraya menamatkan ayat
terakhirnya. Enjin kereta dihidupkan lalu terus meluncur laju meninggalkan
mereka berdua di situ. Adila terpaku seketika. Lantas dia memandang pemuda di
sebelahnya.
“Awak dengar tak tadi? Prof cakap dia nak jumpa
saya. Habislah…” Adila mengeluh sambil menepuk-nepuk dahinya. Pemuda tersebut
hanya membalas pandangan Adila tanpa sebarang kata. Namun pandangannya
tiba-tiba terdorong pada kain Adila yang terkoyak jelas menampakkan lututnya
yang luka akibat terjatuh.
“Jom saya hantarkan
awak ke klinik. Lutut awak berdarah tu.” Ajak pemuda tersebut sambil sambil
menjuihkan bibirnya ke arah kain Adila yang terbuka jelas menampakkan luka di
lututnya.



No comments:
Post a Comment